Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat bertenang

Iklan
Wisma Putra

PUTRAJAYA - Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau berkenaan supaya sentiasa berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.

Iklan
Iklan

"Mereka juga diminta supaya sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan gangguan jadual penerbangan dan disarankan untuk merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran di alamat No 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau hubungi talian +98 21 880724444 atau +98 21 88078606, juga menerusi e-mel mwtehran@kln.gov.my atau mwconsular.teh@gmail.com.

Iklan

Media melaporkan letupan kedengaran di beberapa bandar di Iran awal Jumaat di tengah-tengah dakwaan serangan dilakukan Israel ke atas Iran.

Letupan dilaporkan berlaku di Isfahan, di tengah Iran dan ke barat Tabriz yang terletak di barat laut negara itu, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

Iklan

Ketegangan antara Iran dan Israel meningkat selepas Tehran melancarkan serangan misil dan dron ke atas Israel pada Sabtu lepas sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulat Iran di Syria yang meragut nyawa tujuh penasihat tenteranya.

Israel berkata akan ia bertindak balas secara ketenteraan kepada serangan Iran hujung minggu lepas. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28