PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari

Iklan
Anwar bersalaman dengan orang ramai yang menyambut ketibaannya di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam ini untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa Anwar tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 11.40 malam dan disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Iklan
Iklan

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah III Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.

Esok, perdana menteri dijadual menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Iklan

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dijadual merasmikan majlis itu pada 12.30 tengah hari. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan