'Jangan ubah suai motosikal sesuka hati'

Iklan
Azisman

SHAH ALAM- Peminat atau pemilik motosikal jenis 150cc ke bawah perlu berwaspada memandangkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mereka yang mengubah suai motosikal bagi tujuan pertandingan haram atau perlumbaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, isu pengubahsuaian dan modifikasi untuk tambah kelajuan motosikal ini antara perkara yang diambil serius dan pihaknya telah menjalankan operasi khas.

Iklan
Iklan

"JSPT telah jalankan operasi ke atas motosikal seumpama ini yang didapati diubah suai dan tahun lalu sebanyak 4,087 buah motosikal ini telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

"Pada masa yang sama juga kita turut membuat risikan dan pemantauan terhadap bengkel yang telah dikenal pasti dalam pengubahsuaian atau modifikasi motosikal ini yang turut mahu menguji malah menganjurkan perlumbaan di jalan raya," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Program Sinar Live bertajuk: Op Selamat, Selamat Atau Tidak? di Kumpulan Karangkraf semalam.

Azisman ditemubual oleh Nurul Riduan dalam Program Sinar Live bertajuk: Op Selamat, Selamat Atau Tidak? di Kumpulan Karangkraf semalam.

Sesi Sinar Live selama setengah jam itu dikendalikan wartawan Sinar Harian, Nurul Ridhuan Nor Ashaha.

Iklan

Sementara itu Azisman turut menegaskan pihaknya juga turut mengadakan pemeriksaan ke atas bengkel-bengkel dan jika sabit kesalahan boleh didakwa di bawah Seksyen 81 APJ 1987 iaitu sekatan ke atas pertandingan dan ujian kelajuan.

"Jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM2,000 dan penjara bagi tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya dan lesen boleh digantung selama setahun.

"Manakala jika sabit kesalahan kedua hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi setahun dan lesen boleh digantung selama tiga tahun," katanya.