Kebimbangan perpecahan di Aidilfitri
Iklan
SELAMAT hari raya, maaf zahir batin! Rumah terbuka di Istana Seri Menanti atau Stano Terbuko berlangsung meriah seperti biasa.
Ribuan datang dari seluruh Negeri Sembilan dan sekitarnya untuk menikmati hidangan istimewa di bandar diraja, dan amat menggembirakan dapat melihat kepelbagaian dalam kalangan tetamu yang menghadiri majlis.
Ramai bukan Muslim yang berbaris untuk bersalaman dan duit raya, mengambil kesempatan turut berpakaian baju Melayu atau pakaian tradisional lain.