Kertas siasatan dibuka jika ada bukti baharu: KPN

Iklan
Abdul Hamid Bador -Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan serangan seksual terhadap bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther dibuat berdasarkan penemuan dan kesimpulan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, bagaimanapun pihaknya akan membuka semula kertas siasatan berhubung dakwaan Muhammed Yusoff itu jika ada bukti baharu.

Iklan
Iklan

Tegasnya, tiada sebarang perkara yang mencurigakan berhubung keputusan Jabatan Peguam Negara yang memutuskan tiada cukup bukti untuk mendakwa Anwar.

"Ia berlaku sudah lama kira-kira satu, dua tahun lalu. Anda tahu, ia sukar. Kalau ada bukti baharu, barulah kita boleh buka semula kes berkenaan.

Iklan

"Kita perlukan bukti fizikal. Itu sebabnya (Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada cukup bukti untuk mendakwa) berdasarkan penemuan dan kesimpulan kita.

"Keputusan yang dibuat Jabatan Peguam Negara adalah bersandarkan kepada penemuan hasil siasatan JSJ," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Kes cabul: Jabatan Peguam Negara putuskan tiada pendakwaan terhadap Anwar

Anwar ucap terima kasih, hargai profesionalisme Jabatan Peguam Negara

Semalam, Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada pendakwaan berhubung dakwaan serangan dengan niat hendak mencabul kehormatan oleh seorang ahli politik ke atas pembantunya pada 2 Oktober 2018.

Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kertas siasatan yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihaknya mendapati terdapat percanggahan fakta yang material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atau mana-mana seksyen lain di bawah kanun sama.

Mohammed Yusoff pada 7 Disember tahun lepas telah membuat laporan polis dengan melampirkan satu akuan bersumpah (SD) yang mendakwa bahawa Anwar telah cuba untuk menyerang dengan niat hendak mencabul kehormatannya di kediaman persendirian Presiden PKR itu pada 2 Oktober 2018.

Anwar sebelum itu pada 5 Disember turut membuat laporan polis menafikan dakwaan tersebut selepas mengetahui tentang SD Yusoff.