Jaehong mahu Kelantan dalam ranking 5 teratas

Iklan
Jaehong bersama pemain dan pengurusan KDN FC.

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang baharu, Park Jaehong mahu memastikan pasukan itu berada sekurang-kurangnya pada senarai lima teratas dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025.

Menurut jurulatih dari Korea Selatan itu, walaupun masih berbaki kurang sebulan namun dia optimis anak buahnya dapat memberi saingan kepada pasukan lawan.

Iklan
Iklan

"Perlawanan terakhir mereka ialah pada November tahun lalu dan beberapa hari lalu dilihat berada dalam keadaan kompetitif melalui latihan.

"Banyak yang perlu diperbaiki dan kita harap ada beberapa siri perlawanan untuk kita garapkan lagi skil pemain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan KDN FC di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.

Park Jaehong mahu memastikan KDN FC berada sekurang-kurang berada padai senarai lima teratas.

Iklan

Jaehong menerima lamaran KDN FC pada Februari lalu juga sentiasa melakukan perancangan yang akan diteliti oleh jurulatih lain.

Beliau yang sepatutnya berada di Kota Bharu sebelum Syawal lalu gembira kerana kini dapat memantau anak buahnya berlatih.

Iklan

"Saya akan memastikan pasukan ini melonjak sekurang-kurangnya berada dalam senarai tengah dalam kalangan pasukan lawan," katanya.

Dalam pada itu, kata Jeohong pemilihan Oday Kharoub dari Palestin merupakan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan.

Beliau berharap gandingan itu dapat melonjakkan pasukan Kelantan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!