Kepimpinan MPN Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan

Iklan
Fahmi

KOTA KINABALU - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah pada pertemuan khas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perkara itu mungkin akan dibawa ke peringkat kepimpinan pusat pada Ahad.

Iklan
Iklan

Proses pemilihan Pengerusi MPN PKR negeri, menurut beliau adalah sama seperti proses yang berlaku sebelum ini di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, dengan Sabah juga tidak terkecuali, iaitu akan dibincangkan di peringkat pusat.

"Mengikut proses, Presiden parti (Anwar) perlu mengadakan sesi konsultasi bersama Ketua Cabang dan proses itu telah berjalan. Selepas ini, Presiden mengikut kelaziman akan bawa hasil perbincangan dan keputusan ke mesyuarat pimpinan pusat, dan mesyuarat berikutnya diadakan esok.

Iklan

"Terpulang kepada Presiden. Kita ada mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan. Bergantung kalau Presiden merasakan perlu sedikit masa untuk berbincang lanjut mungkin mengenai Sabah atau MPN negeri lain yang ingin disekalikan. Mungkin kita akan dapat keputusan esok atau mesyuarat MPN akan datang," katanya.

Terdahulu, Fahmi menghadiri perjumpaan khas Anwar bersama MPN PKR Sabah di sini, yang turut dihadiri Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dan Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Dr Sangkar Rasam.

Iklan

Turut hadir 26 Ketua Cabang PKR Sabah antaranya Ketua Cabang PKR Kota Belud, Datuk Mustapha Sakmud juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu, Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!