Op Samseng Jalanan: 4 mat rempit ditahan, 19 saman dikeluarkan

Iklan
Empat samseng jalanan yang ditahan dalam operasi yang dijalankan pada awal pagi Sabtu.

GEORGE TOWN - Empat motosikal disita manakala 19 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar negeri ini, awal pagi Sabtu.

Operasi tertumpu di beberapa kawasan hotspot dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Pulau Pinang bermula jam 1 pagi hingga jam 6 pagi.

Iklan
Iklan

Menerusi kenyataan di laman Facebook PDRM Pulau Pinang, hasil risikan operasi tersebut, polis berjaya menangkap empat penunggang motosikal secara berasingan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran sebuah stesen minyak di Sama Gagah.

"Polis mengeluarkan sebanyak 19 saman atas pelbagai kesalahan dan sebanyak empat motosikal disita di bawah Sek 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Kumpulan motosikal ini juga dilihat melakukan aksi bersaing sesama sendiri, meniarap seperti 'superman', zig-zag dan melawan arus yang mana aksi ini membahayakan kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain," menurut kenyataan berkenaan.

Kesemua mereka telah ditangkap di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seberang Perai Utara dan BSPTD Seberang Perai Tengah untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Tambah kenyataan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dengan sebarang aktiviti-aktiviti lumba haram yang tidak memberikan sebarang faedah malah membahayakan bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!