DOF lengkapkan siasatan bom ikan di Gerik

Iklan
Laporan Sinar Harian.

BAGAN SERAI - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap kes mengebom ikan di Sungai Singor dalam Hutan Simpan Temengor di Gerik, sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain berkata, setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada dua lelaki bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal dimulakan selepas dapat laporan di media sosial. Kita telah merujuk kertas siasatan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan Jabatan Peguam Negara namun terdapat ulasan bahawa perlu dilengkapkan lagi kertas siasatan.

"Kita akan menyiasat lebih ramai lagi dan dimaklumkan bahawa suspek-suspek kejadian ini berada di luar Perak.

Iklan

"Kita ambil inisiatif dalam masa terdekat memanggil atau kita akan hantar pegawai penyiasat ke sana untuk melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Adnan (dua dari kanan) melepaskan 100 induk ikan kelisa pada program Ramah Mesra DOF di Tasik Bukit Merah pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Ramah Mesra dan Pelepasan Induk Ikan Kelisa di Jeti Jabatan Pengiran dan Saliran (JPS) di Kampung Tepi Kolam, Tasik Bukit Merah di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurut Adnan, siasatan dijalankan secara bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perak sebelum dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Adnan (tengah) menyampaikan cek cura program Kebuniti Madani kepada peserta terlibat.

Tambah beliau, pihaknya tidak akan melepaskan dengan mudah perbuatan kumpulan terbabit yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan berbangga dengan kesalahan dilakukan.

"Hutan simpan sebenarnya tidak boleh masuk, itu kesalahan pertama dan menangkap ikan kelah juga satu kesalahan di bawah Enakmen Perikanan Perak.

"Selain mengebom, dalam video tular itu mereka dipercayai menggunakan 'spear gun' yang merupakan satu kesalahan. Kita akan cuba yang terbaik," katanya.

Pada program itu, sebanyak 100 ekor induk ikan kelisa emas bernilai RM150,000 telah dilepaskan ke Tasik Bukit Merah sebagai usaha memulihara dan memastikan kemampanan spesies di