Cakna kesihatan pelajar sebelum terbabit aktiviti luar kelas - Dzulkefly

Iklan
Dr Dzulkefly berucap ketika menghadiri Sambutan Aidilfitri Amanah Johor di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Parit Keroma, Muar pada Ahad. Foto Bernama

MUAR - Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan anak-anak atau pelajar terdedah kepada sebarang risiko berbahaya khususnya ketika terlibat dalam aktiviti luar kelas.

Iklan
Iklan

"Ini adalah satu peringatan tegas, jangan didedahkan anak-anak kepada risiko di luar kemampuan mereka. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa konsisten mengeluarkan nasihat supaya mengelakkan anak-anak terdedah kepada risiko hidrasi.

Ditanya sama ada pihak sekolah perlu mempunyai maklumat berkaitan status kesihatan pelajar, beliau berkata, KKM akan memperhalus perkara berkenaan.

Iklan

Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab dilaporkan berkata, seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Syahrul Anuar dipetik berkata, Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, rebah kira-kira 50 meter sebelum ke garisan penamat bagi acara larian itu kira-kira 9.30 pagi. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!