Jenazah Tun Hanif Omar selamat dikebumikan

Iklan
Jenazah bekas Ketua Polis Negara (KPN), Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selesai disempurnakan dan dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni di Masjid Negara, pada Sabtu. Foto Bernama

BUKIT KIARA - Jenazah bekas Ketua Polis Negara keempat, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mont Kiara, dekat sini jam 3.15 petang.

Jenazah dibawa dari Masjid Negara setelah selesai dimandikan, dikafankan, bacaan surah Yasin dan solat jenazah oleh orang ramai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

Solat jenazah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Van membawa Allahyarham yang diiringi pasukan pengiring PDRM tiba jam 2.55 petang.

Iklan

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Hadir memberi penghormatan terakhir di Masjid Negara ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Iklan

Turut hadir, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari kediaman di Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam dan selamat tiba di Masjid Negara kira-kira jam 11.10 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!