Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup

Iklan
Anwar hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew, pada Sabtu. Turut hadir Hajiji (kiri) dan (dua dari kiri). Foto Bernama

KOTA KINABALU - Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di sini.

Perdana Menteri yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tiba di pusat peringatan itu pada 2.22 petang dan disambut anak mendiang Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup sebelum bertemu ahli keluarga termasuk balu mendiang Puan Sri Melinda Mak Soak Fong.

Iklan
Iklan

Anwar kemudian beramah mesra dengan para hadirin di pusat itu sebelum beredar untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.

Mendiang adalah bekas Ahli Parlimen Pensiangan pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional).

Iklan

Joseph bersara daripada politik tahun lepas selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu pada 1994 dan anaknya Arthur yang juga Timbalan Presiden menggantikan ayahnya sebagai Presiden pada Januari tahun lepas.

Pada Rabu lepas, Anwar dalam hantaran laman Facebooknya mengucapkan takziah kepada Arthur serta keluarga atas pemergian Joseph. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!