Strain H5N1 ditemui pada susu mentah haiwan dijangkiti

Iklan
Sejak 2020, jumlah kes mamalia dijangkiti semakin meningkat, namun tiada bukti menunjukkan H5N1 berpotensi disebarkan antara manusia. - Foto Agensi

GENEVA - Strain virus selesema burung, H5N1 dengan kadar kepekatan amat tinggi dikesan dalam susu mentah daripada haiwan dijangkiti, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat.

Ketua program influenza, Wenqing Zhang berkata, pakar masih menyiasat tempoh untuk virus tersebut ‘hidup’ dalam susu.

Iklan
Iklan

Perkembangan terbaharu wabak itu dilaporkan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan lalu mendakwa seorang pekerja di sebuah ladang di Texas sedang pulih daripada H5N1 yang dijangkiti daripada lembu ternakan.

"Ia adalah kes pertama melibatkan manusia,” kata Zhang sambil menambah kambing dan lembu ternakan kini berada dalam senarai meskipun ia bukan tergolong dalam spesies berisiko dijangkiti jenis influenza tersebut.

Iklan

Sejak 2020, jumlah kes mamalia dijangkiti semakin meningkat, namun tiada bukti menunjukkan H5N1 berpotensi disebarkan antara manusia. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan