Sanggup berhabis duit ikuti latihan asalkan dapat jadi bodyguard VVIP
Iklan
SHAH ALAM - Minat yang mendalam terhadap profesion bodyguard membuatkan seorang pengawal peribadi kepada mantan Perdana Menteri Malaysia menyertai lebih daripada 20 kursus kepakaran khas.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai DK berkata, antara kursus yang memberi nilai tambah kepada tugas bodyguard adalah latihan asas pengawal peribadi, bantuan kecemasan perubatan, kelas seni mempertahankan diri dan pengendalian senjata api.