Detik cemas cubaan curi kenderaan, culik anak
Iklan
SHAH ALAM - Cubaan curi kenderaan dan culik anak bekas majikan adalah antara detik cemas yang pernah dilalui seorang bekas pengawal peribadi ketika bekerja sekitar 20 tahun lalu.Mohd Nor Fazli Othman, 48, berdepan cubaan curi kenderaan majikan berstatus ahli perniagaan pada 2004 selepas diekori kenderaan lain yang pada masa sama cuba menghimpit kenderaan dinaiki majikannya ke bahu jalan berkali-kali.
Menurutnya yang juga berpengalaman dalam bidang terbabit selama 25 tahun, provokasi tersebut tidak berkesan kerana dia bertindak pantas dengan melompat ke bahagian belakang kenderaan jenis MPV itu sambil mengacukan senjata api.