Nasib Najib dan Titah Adendum
Iklan
Minggu ini kita dikejutkan dengan pendedahan kewujudan Titah Adendum dalam keputusan rayuan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pasukan peguam Najib mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.