Pemandu BMW antara lima ditahan dalam Ops Samseng Jalanan

Iklan
Kenderaan yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut. Pix FB Polis Trafik Kuantan

KUANTAN -.Pemandu kereta mewah jenis BMW antara lima yang ditahan selepas dikesan memandu secara berbahaya dan melulu dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan sekitar pusat bandar dan Jalan Pintasan Kuantan di sini pada tengah malam Sabtu hingga pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta berusia 24 tahun itu ditahan kerana memandu secara 'zig-zag' yang boleh merbahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, turut ditahan seorang jurujual berusia 20 tahun yang memandu kereta jenis Proton Persona atas kesalahan sama.

"Hasil operasi bermula jam 11 malam pada Sabtu hingga 6 pagi Ahad itu, tiga penunggang berusia 18 hingga 22 tahun turut ditahan bersama motosikal masing-masing selepas menunggang dengan aksi melakukan aksi 'wheelie'," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Antara motosikal yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut. Pix FB Polis Trafik Kuantan

Iklan

Wan Mohd Zahari berkata, pemandu dan penunggang bersama kenderaan yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk siasatan lanjut di bawah Sek. 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu katanya, dalam operasi sama, pihaknya telah mengeluarkan 103 notis saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas teradap pengguna jalan raya.

Kenderaan yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut. Pix FB Polis Trafik Kuantan

Iklan

"Kesalahan paling banyak dikesan adalah ubah suai ekzos (33 kes) diikuti nombor pendaftaran (22 kes), tiada lesen memandu (17 kes), cermin sisi (13 kes), ubah suai kenderaan (9 kes), cukai jalan (3 kes), tidak memasang pelekat L dan P ( 3 kes), lesen tamat tempoh (2 kes) dan penunggang bawah umur (1 kes).

"Selain itu, sebanyak 24 motosikal telah disita mengikut Seksyen 64 APJ 1987," jelasnya.

Beliau berkata, operasi itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28