Semua ahli Parlimen wajar dilayan sama rata - Sanusi

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Semua ahli Parlimen yang telah diberikan kepercayaan oleh pengundi sepatutnya dilayan sama rata dan saksama walaupun dari parti berbeza.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia hendaklah berpegang kepada hubungan Persekutuan dan negeri atas perjanjian pembentukan Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan kepada itu, setiap pihak memainkan peranan masing-masing setelah berakhirnya pilihan raya dan pembentukan sesebuah kerajaan.

"Kerajaan Persekutuan berhubung dengan kerajaan negeri atas satu perjanjian dalam pembentukan Malaysia. Kita sudah selesai pilihan raya, sudah ada peranan masing-masing antara negeri dan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di sini pada Ahad.

Iklan

Menteri Besar Kedah itu tegaskan agar perbincangan dilakukan atas platform kerajaan dengan kerajaan, bukan atas kapasiti politik sempit.

"Jangan asyik berkira untuk parti sebelah sana saja,” ujarnya.

Iklan

Sanusi juga berharap agar tiada syarat ketat dikenakan dalam penyaluran peruntukan terbabit memandangkan ia merupakan tawaran daripada kerajaan.

"Berkaitan syarat itu saya tak tahu, saya harap tidak ada syarat apa-apalah, agih secara saksama,” ujarnya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan terdapat dua syarat utama dalam terma draf memorandum persefahaman (MoU) agihan peruntukan tahunan pembangunan kawasan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang dijangka menjadi titik fokus perundingan antara wakil kerajaan dan delegasi blok pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, susulan itu, satu draf memorandum persefahaman (MoU) akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28