Lelaki ditemukan maut dengan kesan tetakan di kepala

Iklan
Foto hiasan. Gambar kecil: Aidi Sham

PORT DICKSON - Seorang lelaki lengkap berpakaian ditemukan maut disyaki dibunuh dengan senjata tajam di Kilometer 10, Jalan Seremban-Port Dickson di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan seorang lelaki berusia 41 tahun tidak sedarkan diri di lokasi pada jam 9.20 pagi.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan simati mendapati terdapat kesan kecederaan dan disyaki telah dibunuh menggunakan senjata tajam," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, sebuah motosikal yang didaftarkan atas nama simati, topi kaledar, selipar dan seutas jam tangan ditemui di lokasi manakala tiada dokumen peribadi miliknya dijumpai.

Iklan

"Hasil daripada bedah siasat yang dijalankan di Hospital Port Dickson pada Ahad, terdapat kesan tetakan pada bahagian tepi leher dan kepala, punca kematian adalah disebabkan luka kelar di leher.

"Kes ini seterusnya disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, motif kejadian belum diketahui.

Iklan

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintenden Husairin Che Hussin di talian 012-9654927 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson 06-646 2999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28