Sultan Johor terima kunjungan Exco

Iklan
Cai Tung (kanan) ketika bertemu dengan Sultan Ibrahim (tengah)

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini, hari ini.

Pertemuan tersebut bagi memohon perkenan Sultan Johor untuk berangkat serta merasmikan Karnival Johor Jaya 2019 pada 25 Januari ini.

Iklan
Iklan

Karnival yang diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina akan berlangsung selama 14 hari bermula 21 Januari sehingga 3 Februari.

Gerai jualan dan persembahan kebudayaan merupakan antara tarikan utama karnival tersebut.

Iklan

Hadir sama, Pengarah Pelancongan, Abdul Malik Ismail.



Iklan