Antara bebas bersuara dan menjaga hati
Iklan
Adam Adli (kiri) menegur Muhamad Akmal agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan termasuk menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SEDANGKAN senduk dengan belanga lagi berlaga, inikan pula hubungan dalam sebuah kerajaan berbilang parti komponen sudah pasti berdepan pelbagai cabaran dan masalah.
Ini termasuk dilema kebebasan bersuara tanpa menyinggung perasaan satu sama lain serta mengekalkan keharmonian hubungan.