Hafizul direman lima hari lagi

Iklan
Suspek kelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu disambung reman lima hari.

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, disambung reman selama lima hari lagi.

Reman terhadap Hafizul Hawari, 38, dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Bharu, bermula esok sehingga Sabtu iaitu 27 April.

Iklan
Iklan

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Sambungan reman itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Iklan

Pada Isnin, suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan bersama pistol di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, Kelantan.

Hafizul ditahan di lokasi yang hanya beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada jam 3 petang.

Iklan

Terdahulu, Ahad lalu, suspek bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Mangsa yang merupakan seorang pengawal peribadi itu parah akibat terkena tembakan berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!