26 penjaja warga asing ditahan di tapak pasar malam

Iklan
Penjaja warga asing yang ditahan ketika operasi bersepadu di tapak pasar malam sekitar bandar raya Johor Bahru. - Foto: Jabatan Imigresen Johor

JOHOR BAHRU - Seramai 26 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, polis dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di tiga tapak pasar malam sekitar bandar raya ini.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, operasi dilakukan sekitar jam 4.30 hingga 6 petang pada Rabu lalu susulan aduan orang awam.

Iklan
Iklan
Penjaja warga asing yang ditahan ketika operasi bersepadu di tapak pasar malam sekitar bandar raya Johor Bahru. - Foto Jabatan Imigresen Johor
Iklan

Jelasnya, operasi bersepadu terbabit membabitkan tiga pasar malam di Taman Daya, Taman Desa Jaya dan Plentong.

"Kesemua yang ditahan dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen iaitu salahguna Pas Lawatan Sosial," ujarnya.

Iklan
Penjaja warga asing yang ditahan ketika operasi bersepadu di tapak pasar malam sekitar bandar raya Johor Bahru. - Foto Jabatan Imigresen Johor

Baharuddin berkata, sebanyak lima notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada beberapa individu dalam operasi berkenaan bagi membantu siasatan.