[VIDEO] 'Kerajaan bertanggungjawab bukan raja' - Latheefa Koya

Iklan

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan tahanan di rumah adalah Titah Diraja.

Beliau berkata, keputusan berkenaan adalah tanggungjawab kerajaan termasuk menteri Kabinet dan Peguam Negara.

Iklan
Iklan

"Perdana Menteri mendakwa ia adalah titah diraja. Ia bukan. Ia adalah keputusan Lembaga Pengampunan yang termasuk menteri Kabinet dan Peguam Negara.

"Kerajaan yang bertanggungjawab, bukan raja,” tegasnya dalam satu hantaran di laman sosial X pada Isnin.

Iklan

Pada Ahad, media melaporkan, Anwar menegaskan kerajaan tidak akan mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja-Raja Melayu dalam sesuatu isu termasuk permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tahanan di rumah.

Laporan Sinar Harian. Latheefa (kiri) menegaskan bahawa tahanan di rumah tidak pernah wujud dalam sistem perundangan negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perbincangan mengenai hal berkenaan melibatkan dua pihak iaitu Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan YDPA.

Iklan

Dalam pada itu, Latheefa turut menegaskan hukuman tahanan di rumah tidak pernah wujud dalam sistem perundangan kerana ia tiada dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan atau Akta Penjara.

"Ia bertentangan dengan kedaulatan undang-undang.

Sebelum ini, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16.

Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri terbabit menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku 'saksi kritikal' yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!