Disangka cyst, rupanya kanser payudara 'triple-negative'

Iklan
Shahirah sedang sarat mengandung lapan bulan selamat menjalani pembedahan mastektomi, Khamis lalu.

SHAH ALAM - Luluh hati seorang wanita apabila mengetahui penyakit yang pada awalnya didiagnosis sebagai cyst adalah kanser payudara triple-negative (TNBC).

Menurut adik kepada pesakit, Sharah, 23, lebih menyedihkan berita mengejutkan itu diketahui ketika kakaknya, Shahirah, 32, sedang sarat mengandung lapan bulan.

Iklan
Iklan

"Kakak saya kena kanser payudara masa mengandung lapan bulan. Gelap dunia kami sekeluarga bila tahu keputusan. Cerita kurang menyenangkan mula didengari dari kiri dan kanan.

"Sampai satu keluarga tidak bercampur dengan orang selama berbulan demi menjaga telinga daripada mendengar perkara yang menjatuhkan semangat sehingga abah panggil pakar motivasi kanser untuk beri sokongan kepada kami sekeluarga," luahnya menerusi aplikasi X pada Selasa.

Iklan

Tambah Sharah, ketika kakaknya menerima rawatan di hospital pertama, doktor mengesahkan bahawa ketulan di payudara adalah cyst dan tidak disarankan untuk lakukan pembedahan kerana keadaan itu tidak membahayakan serta boleh dibiarkan atau buang selepas bersalin sahaja.

Tangkap layar hantaran Sharah di aplikasi X menjelaskan kakaknya, Shahirah dimasukkan ke wad pada Rabu dan selamat menjalani pembedahan Khamis lalu.

Ujarnya, pengesahan mengenai kanser itu dibuat oleh hospital kedua yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan setelah ketulan semakin membesar.

Iklan

"Keadaan itu tidak normal bagi ibu yang sedang mengandung. Kakak terus di masukkan ke wad dan prosedur 'menyedut' cyst dilakukan tanpa bius kerana kakak hamil. Dicucuk jarum dan sedut, tapi hanya darah yang keluar.

"Tapi selepas sebulan, keadaan kakak bertambah teruk apabila ketulan semakin besar dan kami membawa dia ke hospital lain untuk dapatkan rawatan serta menjalani pembedahan membuang ketulan tersebut," jelasnya.

Menurut Sharah, doktor mengesahkan jenis kanser (TNBC) itu selepas beberapa minggu proses pembedahan membuang cyst dijalankan dan pesakit perlu mengambil ubat untuk hentikan susu selepas melahirkan anak.

Jelasnya, inisiatif itu dibuat bagi membolehkan kakaknya menerima rawatan kemoterapi sebanyak lapan kali sebelum pembedahan mastektomi dijalankan pada Khamis lalu.

"Pembedahan tersebut dilakukan bagi membuang bahagian atas payudara kanan kerana kanser berkenaan berada di permukaan atas, bukan di dalam. Saiz pun semakin mengecil daripada sebelumnya.

"Doktor mengesahkan kebarangkalian untuk berulang (kanser) sudah berkurang dan peratusan untuk bebas pula tinggi. Memandangkan cyst berada dalam kantung dan tiada pecahan kecil dalam payudara kakak," ujar Sharah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28