Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri ditubuh

Iklan
Anwar Ibrahim - Foto bernama

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri atau ‘Policy Advisory Committee to the Prime Minister’ (PMAC) untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Iklan
Iklan

Katanya, PMAC turut dianggotai golongan profesional dan pakar ekonomi iaitu Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

"Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Kata PMO, jawatankuasa yang dilantik berkenaan tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Kerangka Ekonomi Madani yang dilancarkan pada 27 Julai tahun lalu berperanan sebagai asas kepada beberapa dasar yang baharu diumumkan kerajaan termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Iklan

Anwar dilaporkan berkata, kerangka tersebut mewakili pendekatan yang menyeluruh dan berasaskan nilai untuk menangani isu-isu sosial dan ekonomi yang telah lama membelenggu Malaysia.

Jelasnya, ia mewakili strategi yang menyeluruh untuk menggiatkan semula landskap ekonomi Malaysia yang akan menangani cabaran sedia ada, tetapi turut memberi tumpuan kepada bidang utama untuk pertumbuhan dan daya tahan mampan.

Dari segi latar belakang pengerusi PMAC pula, Mohd Hassan dilantik sebagai Pengerusi Petronas pada 1991 sebelum bergelar Presiden dan CEO syarikat tersebut pada 1995 hingga 2010.

Sebagai CEO syarikat gas dan minyak gergasi negara, beliau telah melakukan pelbagai kemajuan dan meletakkan Petronas setanding dengan syarikat gas dan minyak lain.

Mohd Hassan merupakan individu yang pernah meletakkan Petronas tersenarai Fortune Global 500 dengan keuntungan bersih AS$4.3 billion dan berkedudukan tempat ke-254 dunia.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28