Hamzah Ketua Polis Pulau Pinang baharu

Iklan
Razarudin (tengah) beramah mesra dengan Hamzah (kiri) dan Kok Chin (kanan) selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri pada Isnin. Foto Bernama

GEORGE TOWN - Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Khaw Kok Chin yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 25 Mac lepas.

Iklan
Iklan

Majlis Serah Terima Tugas itu dilaksanakan di Dewan Mutiara di Ibu pejabat Kontinjen Pulau Pinang di sini disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain.

Razarudin dalam ucapannya berkata, pelantikan itu dibuat setelah mempertimbangkan kredibiliti dan daya kepimpinan yang dimiliki oleh Hamzah untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Iklan

Sementara itu, Kok Chin dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga PDRM Kontinjen Pulau Pinang di atas segala kerjasama, kesungguhan, inisiatif dan komitmen yang diberikan sepanjang beliau diamanahkan sebagai Ketua Polis Pulau Pinang. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan