Musim panas melampau: Rakyat Thailand diarah berjaga-jaga

Iklan
Penduduk Thailand menyejukkan badan dengan membawa kipas mudah alih semasa berjalan-jalan di Bangkok. Foto AFP

BANGKOK - Jabatan Meteorologi Thailand memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 15 wilayah dan bandar termasuk ibu negara Bangkok diramal terjejas akibat suhu panas melampau sehingga 27 April depan.

Kementerian Kesihatan turut menasihatkan kepada orang ramai bahawa gejala sakit kepala dan kekejangan otot paling banyak dilaporkan akan berlaku terhadap orang ramai semasa musim panas itu.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarahnya, Dr Achara Nithiaphinyasakul berkata, sebanyak 21.9 peratus dari 682 responden yang ditemui bual dalam tinjauan mengenai kesihatan semasa musim panas didapati mengalami sakit kepala dan diikuti sembelit (13.6 peratus) dan kekejangan kaki serta perut (12.7 peratus).

Tinjauan dikumpul bermula 1 Mac hingga 4 April telah mendapati seramai 52.8 peratus responden dilaporkan menzahirkan kebimbangan pada tahap sederhana manakala 19.8 peratus menunjukkan tahap yang tinggi.

Iklan

Untuk rancangan perlindungan kesihatan, Achara menambah seramai 93.9 peratus yang ditemu bual berkata mereka makan makanan yang baharu dimasak bagi mengelakkan terjadinya penyakit berkaitan cirit-birit.

Selain itu, sebanyak 93.8 peratus didapati sentiasa mencuci tangan dan 87.8 peratus mengambil banyak air minuman.

Iklan

Justeru, beliau memberi amaran kepada orang ramai mengenai ancaman utama strok haba ketika musim panas melanda negara itu. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28