Dialog 'panas', Zul Ariffin akui terkejut

Iklan
Zul dalam salah satu babak filem Sheriff. Foto Astro

"INI Malaysia Naz, Perdana Menteri pun boleh masuk penjara..."

Itu adalah antara dialog 'panas' membabitkan aktor Zul Ariffin sebagai Sheriff dan Syafiq Kyle (Naz) dalam salah satu babak filem Sheriff: Narko Integriti yang menjadi perhatian ramai.

Iklan
Iklan

Rata-rata kagum dengan keberanian Syafiq Yusof selaku pengarah dan Zul sendiri yang melontarkan kata-kata itu.

Namun bagi Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 37, sebagai pelakon, dia juga berasa terkejut apabila dialog itu dilepaskan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Iklan

"Saya mula-mula fikir (pasal dialog panas) 'biar betul Syafiq...' tapi selepas menonton trailer, saya cakap: 'biar betul, ini boleh lepas'.

"Pada mulanya saya fikir dialog itu hanya ada dalam trailer, tetapi tidak dalam filem.

Iklan

Zul berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Filem Sheriff: Narko Integriti di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Zul

Tambah bintang berusia 37 tahun itu, Syafiq juga terlebih dulu sudah bersedia dengan pelan sandaran sekiranya skrip yang memaparkan kisah kepolisian itu gagal menembusi sesi tapisan selepas dihantar untuk semakan pada Unit Bahagian Komunikasi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur.

"Sebenarnya pengarah sudah ambil beberapa babak lain sebagai langkah berjaga-jaga untuk gantikan dialog itu sekiranya ia tidak diluluskan untuk tayangan,” jelasnya.

Selain Zul, watak-watak di dalam Sheriff turut digerakkan oleh pelakon seperti Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama dan Azri Iskandar.

Diminta mengulas mengenai rujukan yang dibuat bagi menjayakan watak utama itu, Zul berkata, karakter itu tidaklah sesukar mana untuk dihidupkan.

Ujar Zul, mudah baginya untuk membawa watak seorang sarkastik terutama apabila dia diminta pengarah untuk memenuhi tuntutan dan kesesuaian skrip.

"Saya tidak suka watak gangster sebab ia nampak terlalu mencuba untuk jadi jahat, tetapi kalau sekadar bersahaja jadi sarkastik, semua orang pun boleh kaitkan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!