Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut

Iklan
Keadaan bangunan madrasah di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin, di Jitra yang terbakar pada petang Isnin. Foto JBPM

JITRA - Sebuah bangunan madrasah di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin, di sini, musnah dalam kebakaran pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 2.44 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sezali Hassan tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan dari talian MERS 999 memaklumkan kebakaran membabitkan maahad tahfiz berkenaan.

"Kebakaran itu membabitkan bahagian asrama dan bilik guru. PBS Padang Sera tiba awal di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Iklan

Mohd Bustan berkata, kemusnahan pusat Maahad Tahfiz itu dianggarkan hampir 70 peratus dari keseluruhan bangunan.

Beliau berkata, api berjaya dikawal daripada merebak pada jam 3.05 petang.

Iklan

"Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam, Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu dipadam sepenuhnya pada jam 4.28 petang.

"Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!