Lepasan TVET bangkit selepas bisnes pertama gagal
Iklan
SHAH ALAM - Perniagaan mencetak baju yang dijalankan seawal usia 21 tahun hanya mampu bertahan selama empat tahun namun tidak mematahkan semangat Muhammad Syazwan Hafiz Mohd Zulkifli.
Pemegang Diploma Pemasaran dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Kedah itu berkata, dia mula berjinak-jinak dengan keusahawanan sejak 2017 ketika berada dalam tahun akhir pengajian di institusi TVET berkenaan.