BALIK PULAU - [DIKEMAS KINI] Wanita yang menyimbah air panas pada lelaki sindrom Down ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali di sini pada Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membuat keputusan itu selepas tertuduh Oo Saw Kee, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap A Solairaj, 33, dengan menggunakan air panas.