Pelepasan para peserta Pertandingan Memancing Laut Dalam DAIWA 2024 yang disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Fadzillah Mahmud sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2024 di Marina Awam Perbadanan Labuan hari ini.
Labuan sekali lagi menganjurkan acara sukan laut terkenal LISC 2024 ke-26 tahun ini bagi meneruskan kembali kehangatan acara tahunan pelancongan yang secara lazimnya sentiasa menjadi penantian komuniti setempat mahupun antarabangsa.
Pertandingan Memancing Laut Dalam yang membuka tirai cabaran bermula hari ini menyaksikan penyertaan 184 peserta dengan 16 buah kapal yang melibatkan peserta dari luar negara seperti Hong Kong, Indonesia, China, Brunei, Singapura dan Thailand.