Tindakan wanita simbah OKU dengan air panas kejam, tak berperikemanusiaan - Hakim

Iklan
Saw Kee, 39, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen, pada Selasa setelah mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap lelaki sindrom down ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri seperti yang tular di media sosial, minggu lepas. Foto Bernama

BALIK PULAU - Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Perkara itu antara ditegaskan Hakim Mahkamah Sesyen Balik Pulau, Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin terhadap tertuduh, Oo Saw Kee, 39, yang mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap A Solairaj, 33, dengan menggunakan air panas sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000.

Iklan
Iklan

Tegas beliau, apa dilakukan tertuduh amat serius dan mahkamah berkongsi sentimen dengan masyarakat yang menggambarkan kebencian terhadap tindakan wanita itu, lebih-lebih lagi tiada sebarang provokasi dibuat lelaki kurang upaya (OKU) terbabit.

"Masyarakat majmuk di negara ini tidak membenarkan perbuatan seperti ini berlaku lagi," katanya ketika prosiding, di sini pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu jualan mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah pada mangsa dengan menggunakan air panas.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu melakukan kesalahan berkenaan pada 19 April lalu di dalam sebuah lif pangsapuri I-Park, kira-kira jam 9.24 pagi.

Iklan

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Edric Loo.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!