Helikopter TLDM terhempas: 'Tak sangka Ramadan tahun ini jadi pertemuan terakhir'

Iklan
Mohd Shahrizan Mohd Termizi

SHAH ALAM - Seorang wanita yang dikenali sebagai Suzana Hamdan terkejut dan sedih selepas mengetahui sahabat baiknya, Mohd Shahrizan Mohd Termizi maut dalam insiden pertembungan helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pagi tadi.

Menurutnya, Ramadan tahun ini menjadi pertemuan terakhir mereka dan insiden tersebut tidak dijangka sama sekali.

Mohd Shahrizan antara mangsa korban helikopter TLDM terhempas di Lumut pagi tadi.

Iklan
Iklan
Iklan

"Tak sangka pada Ramadan hari itu adalah perjumpaan terakhir kita. Damailah di sana sahabat,” katanya pada Isnin.

TLDM hari ini mengesahkan 10 anggotanya meninggal dunia dalam kejadian pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!