Penetapan gaji premium perlu ambil kira graduan TVET sedia ada

Iklan
P Sri Ganes (kiri) menyaksikan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menyempurnakan majlis menandatangani papan tanda dan penyerahan kenderaan EV oleh Autotronics Center of Excellence Sdn Bhd kepada ADTEC Melaka pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pasaran semasa, sebelum menetapkan gaji premium kepada golongan tersebut.

Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganes berkata, perkara itu penting bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan penetapan gaji premium tersebut, seterusnya bakal memberi impak dan manfaat besar kepada semua pihak.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, cadangan kerajaan mengkaji penetapan gaji premium pada kadar RM4,000 ke atas sebagai usaha mengiktiraf lulusan TVET adalah sangat tepat.

Bagaimanapun katanya, kerajaan perlu meneliti beberapa ketetapan sebelum membuat sebarang keputusan drastik.

Iklan

"Kita kena meneliti perkara ini secara mendalam kerana terdapat baik buruknya dalam cadangan ini.

"Kebaikannya adalah TVET yang sebelum ini dianggap sebagai pilihan kedua akan menjadi rebutan sebagai satu program atau laluan utama kepada golongan muda.

Iklan

Mengulas lanjut, Sri Ganes yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SG Education Group berkata, sekiranya pihak industri ditetapkan untuk membayar gaji premium, maka harapan yang diletakkan oleh majikan ke atas graduan juga berdasarkan jumlah pembayaran dibuat.

Selain itu katanya, peralatan di institusi latihan kerajaan juga perlu ditambah baik, termasuk menyediakan kepakaran tenaga mahir.

Sementara itu, Sri Ganes berkata, kerjasama awam swasta (PPP) penting dalam memastikan visi untuk mencapai gaji premium RM4,000 dapat dicapai dalam masa terdekat.

Ini kerana menurutnya, tanpa sokongan daripada industri, pelaksanaan TVET tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dengan impak yang tinggi.

"Negara tidak mempunyai masa panjang untuk menghasilkan tenaga pakar.

"Oleh sebab itu, kerajaan perlu mengambil tenaga sedia ada atau graduan TVET dalam pasaran ketika ini untuk meningkatkan kemahiran.

"Graduan sedia ada menjadi tonggak yang dapat membantu kerajaan membangunkan sumber tenaga manusia kepada industri," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!