TAIPEI - Dua gempa bumi berukuran 6.0 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2.26 pagi dan 2.32 pagi Selasa, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).
Pusat gempa 6.0 magnitud itu terletak di luar pantai Hualien di Lautan Pasifik, 29.9 kilometer di selatan Dewan Daerah Hualien pada kedalaman 10km, lapor agensi berita Central (CNA) berdasarkan data CWA.
Iklan
Iklan
Kekuatan gempa bumi itu yang mengukur kesan sebenar peristiwa seismik adalah tertinggi di Daerah Hualien, yang berukuran 5- pada skala kekuatan 7 tahap Taiwan.
Gempa itu tidak lama kemudian diikuti dengan gempa bumi bermagnitud lebih besar 6.3 dengan pusat gempa di Perbandaran Shoufeng Hualien, menurutnya. - Bernama/CNA
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!