Media dibenar rakam lokasi nahas helikopter

Iklan
Petugas media diberi kebenaran merakam lokasi tragedi nahas helikopter terhempas di Stadium TLDM Lumut.

LUMUT - Petugas media diberi kebenaran merakam lokasi nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini pada Selasa.

Kebenaran itu diberikan dalam jarak 100 meter di Stadium TLDM Lumut membabitkan Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru.

Iklan
Iklan

Helikopter tersebut terhempas berhampiran tangga stadium.

Kehadiran media itu bagaimanapun dikawal rapi anggota TLDM dengan hanya dibenarkan mengambil gambar di kawasan yang ditetapkan.

Keadaan Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas berhampiran tangga Stadium TLDM Lumut.

Iklan

Berdasarkan pemerhatian, helikopter terbabit mengalami kerosakan teruk di keseluruhan bahagian.

Sejak jam 11 pagi, hampir 40 petugas media tempatan berkumpul di pekarangan pintu masuk Pangkalan TLDM Lumut bagi mengikuti perkembangan nahas berkenaan.

Iklan

Insiden pada jam 9.32 pagi itu telah mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM yang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Sebuah lagi Pesawat Fennec (M502-6) yang membawa tiga kru terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!