Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS

Iklan
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Selasa selepas pasaran pertukaran asing Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang AS. Foto hiasan

RINGGIT ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Selasa selepas pasaran pertukaran asing Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.

Iklan
Iklan

Pengarah urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, prestasi ringgit yang turun naik itu adalah disebabkan oleh beberapa faktor termasuk jangkaan pasaran berkaitan penurunan kadar faedah AS.

"Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS kekal tinggi pada 4.63 peratus, menambahkan lagi tekanan ke atas mata wang Asia,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.0863/0887 daripada paras penutup 3.0852/0877 pada Isnin, turun berbanding pound Britain kepada 5.9067/9110 daripada 5.8938/8981 dan jatuh berbanding euro kepada 5.0944/0981 daripada 5.0859/0896 sebelumnya.

Iklan

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain kecuali baht Thai, apabila ia meningkat kepada 12.8887/9037 daripada 12.9044/9198.

Unit tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.5066/5095 daripada paras penutup 3.5041/5069 pada Isnin, turun berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.3 daripada 8.29/8.31 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 294.5/294.9 daripada 293.9/294.4. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!