Pelajar AI bakal jadi rebutan industri
Iklan
SHAH ALAM - Dengan wujudnya Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia, graduan-graduan yang bakal dilahirkan bakal menjadi rebutan pasaran industri di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Program Ijazah Sarjana Muda AI yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini didakwa mampu merubah landskap pekerjaan, dengan memenuhi keperluan industri, selari dengan Lapan Tindakan Kecerdasan Buatan Kebangsaan 2021-2025 oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).