Teknik belajar bukan untuk ujian
Iklan
BARU-baru ini saya dikunjungi sekumpulan pelajar sebuah kolej. Mereka datang kerana inginkan tajaan projek kelas bimbingan untuk pelajar sekolah. Saya teruja dengan idea itu bila teringat saya pernah terlibat dalam beberapa program kelas bimbingan ketika menjadi ahli persatuan pelajar di kolej.
Sambil berbincang, mata saya terjeling salah seorang pelajar yang tunduk menulis butir perbincangan. Gayanya seperti seorang stenographer membuat trengkas. Saya menegur dan bertanya apa ditulis. Lantas dia mengangkat buku nota dan menyelak helaian kertas tertulis isi perbincangan.