SHAH ALAM - Sekatan terhadap bantuan kemanusiaan masih terus dilakukan oleh rejim Zionis walaupun perang antara Israel dan Hamas sudah memasuki hari ke-200.
Penasihat Kehormat MyCare, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, serangan tanpa henti selama tujuh bulan bermula Oktober tahun lalu menyebabkan kemusnahan tempat tinggal dan kekurangan air bersih sehingga memberi kesan buruk terhadap kualiti kehidupan terutama golongan kanak-kanak.
"Selain bantuan makanan, perubatan dan barangan keperluan lain, kami turut salurkan bantuan tangki air supaya mereka dapat menikmati minuman air bersih, namun ia sering menjadi sasaran bedilan tentera Israel kerana dikerumuni oleh pelarian serta kanak-kanak.
Mengulas lanjut, menurut Hafidzi, tekanan daripada peperangan itu turut memberi implikasi buruk terhadap pertumbuhan ekonomi Israel apabila mereka tidak mampu menjalankan perniagaan seperti biasa.
"Mereka berhadapan dengan kejatuhan ekonomi yang parah apabila kilang-kilang tidak dapat beroperasi, penduduk mereka melarikan diri dan saham perniagaan mengalami implikasi buruk. Mereka menderita lebih dahsyat lagi daripada penduduk Gaza,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!