Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah

Iklan
SWM Environment melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah warga emas di Permas Jaya, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas di Permas Jaya di sini tinggal dalam keadaan rumahnya menjadi ‘gudang’ sampah sarap sehingga menyebabkan gangguan dan ketidakselesaan kepada kejiranan mereka.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Baru Permas Jaya, A Habib Syed Sallilah Aasad berkata, rumah lelaki warga emas tersebut seakan tempat pelupusan sampah yang dipenuhi dua tan bahan buangan termasuk sisa makanan, timbunan plastik, kotak dan tin.

Keadaan timbunan sampah di pekarangan dan dalam rumah milik seorang lelaki warga emas di Permas Jaya, Johor Bahru, menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.

"Perbuatannya menjejaskan keselesaan jiran kerana terpaksa sentiasa menutup pintu dan tingkap tidak tahan bau busuk dan nyamuk yang banyak.



"Apabila ditegur jiran, lelaki itu naik angin yang dibimbangi boleh menyebabkan gaduh selain dia menyatakan sanggup bayar kompaun pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, sebelum ini pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menawarkan bantuan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tetapi lelaki itu menolaknya dengan alasan mahu membersihkan rumahnya sendiri.

Menurut A Habib, selepas itu pihaknya memberikan tempoh untuk berbuat demikian namun masih gagal memberi kerjasama sebelum SWM Environment menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Iklan

Susulan itu katanya, SWM Environment melakukan satu operasi pada Khamis melibatkan lima pekerja menggunakan jentolak dan sebuah lori roll-on roll-off (RORO) 16 tan membersihkan 2,200 kilogram sisa atau 2.2 tan dari kediaman itu.

"Kami mengenal pasti beberapa lagi rumah di kawasan ini yang turut dijadikan tempat pengumpulan sampah.

"Diharap pemilik rumah segera mengambil langkah bagi membersihkannya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!