Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska

Iklan
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat (AS) pada Selasa. Foto AP

SAN FRANCISCO - Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, kata pihak berkuasa.

Penggerak balas pertama sedang melakukan 'penyelamatan aktif' pada Selasa selepas pesawat itu terhempas di kawasan Sungai Tanana di Fairbanks, menurut pegawai tempatan, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Alaska, Clint Johnso berkata, tidak dapat dipastikan berapa ramai penumpang di dalam Douglas DC-4 itu apabila ia terhempas sekitar jam 10.30 pagi sebaik selepas berlepas ke arah selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks.

"Pasukan polis Alaska sedang giat mengetuai operasi menyelamat dan kami bekerjasama dengan mereka."

Iklan

Seorang jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks menggesa orang ramai agar mengelak daripada melalui kawasan itu.

Pasukan polis Alaska turut dibantu oleh agensi tempatan, negeri dan persekutuan.

Iklan

Seorang saksi berkata dia mendengar letupan yang kuat dan melihat sebuah pesawat di udara dengan enjin terbakar, menurut laporan Anchorage Daily News. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!