Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan

Iklan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, suspek yang berusia 29 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian itu ditahan di kawasan Seri Alam untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Polis Kontinjen Johor mengesahkan telah menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama enam hari mulai Selasa hingga Jumaat," katanya.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!