Jambatan Kota Marudu bakal dibina

Iklan
Tular kisah keperitan kanak-kanak dan penduduk terpaksa melalui saluran paip menyeberangi sungai kerana jambatan ditenggelami air Jumaat lalu.

KIMANIS - Penderitaan penduduk Kampung Mahung, Kota Marudu yang terpaksa bergadai nyawa menyeberangi sungai dengan meniti saluran paip setiap kali musim banjir bakal berakhir tidak lama lagi.

Menerusi laporan Sabah Post, perancangan kerajaan membina jambatan konkrit di kampung itu bermula tahun ini membolehkan penduduk kampung berkenaan menarik nafas lega.

Iklan
Iklan

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata, cadangan pembinaan jambatan itu sudah dikemukakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kudat dan kini, hanya menunggu masa untuk dilaksanakan sahaja.

Katanya, situasi yang berlaku di mana, murid sekolah dilihat meniti saluran paip untuk menyeberangi Sungai Jambutan untuk keluar dari kampung itu, bukanlah seperti yang digambarkan.

Iklan

Menurutnya, apa sebenarnya yang berlaku adalah terdapat jambatan aras rendah (low level crossing) di kawasan sungai berkenaan. Namun, disebabkan banjir, jambatan aras rendah itu telah dinaiki air.

Kanak-kanak terpaksa melalui saluran paip menyeberangi sungai kerana jambatan ditenggelami air.

"Atas sebab itu, kita merancang membina jambatan bersebelahan 'low level crossing' ini. Itu keadaan yang berlaku.

Iklan

”Pembinaan jambatan aras rendah itu juga adalah permintaan orang kampung. Inilah keadaan yang berlaku... bukanlah kerajaan tidak prihatin untuk membina jambatan di Sabah.

”Kita memang sudah ada perancangan untuk membina jambatan itu,” jelasnya.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan agensi berkaitan untuk memeriksa dan memberi keutamaan membina jambatan di situ.

Tambahnya, jika bukan musim banjir, jambatan aras rendah itu boleh dilalui oleh kenderaan dan juga penduduk kampung bagi menyeberangi sungai berkenaan.

Jumaat lalu, beberapa gambar tular menunjukkan penduduk Kampung Muhang terpaksa menyeberangi sungai dengan meniti saluran paip di kawasan berkenaan.

Setiap kali hujan lebat, jambatan aras rendah di kampung itu difahamkan akan ditenggelami air banjir dan penduduk tiada pilihan selain menyeberang sungai dengan menggunakan saluran paip.