[VIDEO] Mayat mendiang Sivasutan tiba di rumah keluarga

Iklan

LUMUT - Mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pada Selasa, Leftenan T Sivasutan selamat tiba di kediaman keluarganya di Taman Serdang Jaya di sini pada Rabu.

Van membawa mayat mendiang Sivasutan diiringi pasukan polis itu tiba kira-kira jam 5.50 petang.

Iklan
Iklan

Suasana pilu menyelubungi sebaik mayat dibawa keluar daripada kenderaan tersebut.

Ahli keluarga, saudara-mara, kenalan rapat, anggota dan pegawai TLDM serta jiran turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Iklan
Keranda membawa mayat Sivasutan yang tiba di kediaman keluarganya di Taman Serdang Jaya diusung untuk dibawa ke dalam rumah.

Bagaimanapun, ahli keluarga tidak membenarkan pihak media merakam sebarang gambar dan video sejurus mayat mendiang dibawa masuk ke dalam rumah.

Upacara kematian mendiang dijangka diadakan bermula jam 10 pagi Khamis sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan India Setiawan.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, jenazah 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Lumut telah dibawa keluar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Proses membawa keluar jenazah dilakukan satu persatu menggunakan 10 kenderaan milik TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula jam 4.35 petang diiringi polis.

Proses bedah siasat yang dijalankan di hospital berkenaan selesai sepenuhnya pada jam 2.20 petang diikuti proses mandi dan kafan bagi jenazah Islam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!