BANK digital pertama Malaysia, G XBank Berhad (GXBank) merancang untuk menubuhkan pusat kecemerlangan serantau (COE) bagi perkhidmatan, Grab bagi memanfaatkan infrastruktur dinamik dan dasar progresif negara.
Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Pei-Si Lai berkata, ia sejajar dengan tujuan KL20 kerajaan untuk mengangkat Malaysia sebagai hab inovasi, teknologi terkemuka dan kemajuan digital.
Menurutnya, ia turut memupuk kemahiran bernilai tinggi yang akan meningkatkan industri perbankan digital di rantau ini.
"COE yang dijadualkan akan beroperasi hujung tahun ini bertujuan untuk menawarkan hampir 400 peranan secara progresif yang menumpukan pada aktiviti perbankan teras seperti operasi perbankan, teknologi dan pengurusan risiko.
"Penubuhan COE sebahagian daripada pelaburan RM1.5 bilion GXBank ke negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dan meletakkan Malaysia sebagai hab pusat untuk merevolusikan landskap kewangan serta perbankan digital.
"COE GXBank akan memanfaatkan infrastruktur dinamik dan dasar progresif negara, sejajar dengan tujuan KL20 untuk meningkatkan Malaysia sebagai hab inovasi, teknologi terkemuka dan kemajuan digital,” katanya pada Rabu.
Tambah Si Lan, misi kolektif GXBank untuk berkhidmat kepada individu yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan bagi memudahkan mobiliti sosial antara generari dan meningkatkan ekonomi negara.
Ujarnya, ia mewujudkan persekitaran dinamik yang boleh mencabar status quo untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan serta mewujudkan amalan terbaik dalam industri tersebut.
"Lebih 400 pasukan dibina, jadi kami mahu menuai dan memupuk bakat kaya yang kami ada di Malaysia.
"Kami tidak sabar untuk menjawab permintaan kerajaan supaya bertindak dengan sokongan mereka. Kami berada dalam kedudukan yang baik untuk berkhidmat kepada bank digital yang diterajui Grab di rantau ini,” jelasnya lagi.
Selain itu, Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo berkata, GXBank dan Grab akan bekerjasama dengan organisasi sokongan usahawan, Endeavor Malaysia bagi membantu mentor usahawan tempatan yang terpilih serta berpotensi tinggi untuk mempercepatkan pertumbuhan.
Menurutnya, bekerjasama tersebut memberi peluang kepada kumpulan itu berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk membantu syarikat baharu yang sedang berkembang pesat dalam merealisasikan potensi penuh mereka.
"Dengan kehadiran fizikal di peringkat serantau dan pusat R&D global, kami membawa banyak pengalaman dalam mengenal pasti dan menangani keperluan hiperlokal sambil mengemudi pelbagai kawasan kawal selia, sosio-ekonomi dan teknologi,” tambahnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!