PRU16: Amanah siap sedia jentera, latihan kepada ahli - Mujahid

Iklan
Mujahid berkata, Amanah selaku rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak ketinggalan telah melakukan beberapa persediaan awal dalam mendepani PRU16 akan datang.

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) selaku rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak ketinggalan telah melakukan beberapa persediaan awal dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, usaha itu termasuk dari segi pemerkasaan tenaga jentera seluruh organisasi cawangan dan penyediaan latihan kepada ahli-ahli parti bagi menghadapi pilihan raya tersebut.

Iklan
Iklan

"Ketiga, sudah tentu Amanah sebagai parti yang baharu memerlukan kepada satu penjenamaan supaya lebih ramai orang kenal dan ini termasuk aktiviti-aktiviti yang terlibat.

"Semua itu adalah antara perancangan penting yang memang kita sudah ada untuk jadikan sebagai tapak persediaan dalam pilihan raya umum yang akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Pada Ahad, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, parti membuat persediaan dua tahun lebih awal bagi menghadapi PRU16, seterusnya memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri buat penggal kedua.

Dalam pada itu, menurut Mujahid, Amanah juga tidak mempunyai sebarang masalah dan sedia menyokong usaha memastikan Anwar kekal sebagai Perdana Menteri untuk penggal seterusnya.

Iklan

"Sudah tentu kita tidak ada isu dalam perkara itu. Sudah tentu kita tidak ada masalah dalam memberi sokongan,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!