Dua warga asing pinjam MyKad rakan untuk bekerja

Iklan
Dua lelaki warga asing diberkas selepas didapati menggunakan kad pengenalan yang didakwa dipinjam daripada kenalan menerusi serbuan di sekitar Alam Damai pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Tindakan dua lelaki warga asing menggunakan kad pengenalan milik individu lain terbongkar selepas diberkas dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Alam Damai dekat sini pada Rabu.

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi kenyataan memaklumkan, dua individu yang ditahan merupakan lelaki warga Indonesia dan Filipina.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, kedua-dua suspek ditahan menerusi operasi yang dijalankan berdasarkan hasil risikan dan pemantauan selama dua minggu.

"Suspek yang ditahan masing-masing berumur 21 dan 23 tahun," kata kenyataan itu pada Khamis.

Iklan

Tambah kenyataan itu, siasatan dijalankan mendapati kad pengenalan berkenaan diperoleh daripada kenalan kedua suspek terbabit.

"Kad pengenalan berkenaan dipercayai dipinjam daripada salah seorang kenalan bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan tanpa sebarang bayaran.

Iklan

"Siasatan turut mendapati kedua-dua suspek menggunakan kad pengenalan berkenaan sejak enam bulan dan dua tahun lalu," kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, dua suspek terbabit akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan boleh disabitkan atas kesalahan mengikut Peraturan 25(1 (e)Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!